Monday, December 1, 2008

PAKEJ BUDGET KELILING SINGAPURA 1 HARI

Untuk maklumat yang lebih lengkap sila layari

http://temasekbajet.blogspot.com/


ESPLANADE DI MARINA BAY - TEMPAT STAMFORD RAFFLES MENDARAT



PAKEJ BUDGET KELILING SINGAPURA 1 HARI

*MEMILIKI PASPORT SENDIRI

*HARGA PAKEJ ADALAH UNTUK SEBUAH VAN

*PERBELANJAAN MAKAN MINUM ADALAH TANGGUNGAN SENDIRI

*MAKSIMUN AHLI UNTUK 1 TRIP IALAH 5 DEWASA DAN 2 KANAK-KANAK
TRIP BERMULA 8 PAGI - 8 MALAM

*2 PAKEJ BONUS AKAN DIBERIKAN MENGIKUT MENGIKUT SITUASI
TERAKHIR.TIADA JAMINAN PAKEJ AKAN DIBERIKAN JIKA ADA MASALAH DILUAR JANGKAAN.


DETAIL PAKEJ

*Harga untuk pakej dalam tempoh promosi ialah RM 199 sahaja. Ini bermakna jika anda pergi bersama 5 orang, kos seorang cuma RM39 sahaja.Dengan pakej ini anda akan dibawa ketempat berikut :

a)Pulau Sentosa
b)Esplanade
c)Geylang Serai
d)Kg.Gelam
e)Orchard Road iatu Pusat Bandaraya Singapura

Anda juga boleh membuat pilihan jika perlu.Misalnya jika ingin pergi ke Changi Airport kami akan membuat penyesuaian masa supaya jadual ketempat lain dapat diteruskan.

*Jika anda ingin menaiki kereta kabel ke Pulau Sentosa maka tiket adalah dalam perbelanjaan sendiri.Begitu juga lain-lain harga tiket seperti pertunjukan ikan lumba-lumba dan akuarium bawah air.

*Dua pakej bonus tidak tetap ialah :

a)Bersiar-siar ke Studio Jalan Ampas yang kini tinggal kenangan. Mungkin anda ingin melihat sendiri nostalgia babak Benggali Guard menyindir bangsa kita dalam filem Seniman Bujang Lapuk. Ini adalah pakej istimewa dan bersifat peribadi.Pemilik Studio ini iatu Shaw Brothers sebenarnya tidak membenarkan orang luar memasuki kawasan studio.Tetapi disebabkan penjaga studio tersebut adalah kenalan,maka saya berpeluang masuk ke dalam kawasan studio malahan juga dapat memasuki bilik kerja ditingkat atas iatu bilik stor yang pernah digunakan oleh Allahyarham P.Ramlee untuk menyimpan prob filem-filem beliau. Di sini juga adegan temuduga bersama Kemat Hassan di dalam filem Seniman Bujang Lapuk.Jika anda bernasib baik saya akan bawa anda bersiar-siar didalam kawasan studio tersebut sambil mengenang kembali nostalgia lama.

b) Lawatan ke rumah artis lama

Anda juga jika bernasib baik akan dibawa menziarahi artis lama Singapura yang sama-sama memeriahkan Studio Jalan Ampas suatu ketika dahulu. Anda boleh minum teh dan berbual-bual dengan mereka sambil mengenang kembali keseronokan lama yang tak akan mungkin berulang lagi. Sementara mereka masih belum menutup mata......




Tentu anda ingat lagi bagaimana "Hang Kebun" memohon kerja sebagai Hang Jebat di sini.

Awak...awak punya rezeki laaa...apa salahnya sama-sama makan ! Di sinilah Benggali Jaga menempelak orang kita di dalam filem Seniman Bujang Lapuk.

Inilah jam yang digunakan di dalam filem Labu-Labi. Bilik ini adalah stor P.Ramlee berhadapan dengan bilik pejabatnya yang berkunci.




Di kg. Gelam yang bersejarah




Di rumah pelawak S.Shamsuddin yang agak uzur




Amboi bukan main segak lagi beliau ketika muda



Bersama isteri S.Shamsuddin iatu makcik Noresah



UNTUK PELANCONG DARI JAUH

Anda boleh memilih untuk bermalam terlebih dahulu di Johor Bahru . Harga hotel bermula dari RM70 keatas. Anda mesti bersedia seawal pukul 7 .45 pagi untuk memastikan pada pukul 8.00 pagi telah sampai ke pemeriksaan imigresen di Tambak Johor.

UNTUK YANG TIDAK MEMILIKI PASPORT

Anda boleh menginap terlebih dahulu di Johor Bahru sehari lebih awal dari jadual perjalanan. Anda mesti sampai sebelum pukul 12.00 tengahari untuk membolehkan urusan membuat pasport di pejabat imigresen Johor Bahru. Urusan ini cuma 2 jam sahaja.











Untuk mengetahui lebih lagi mengenai pakej ini sila masukkan maklumat anda di dalam borang.